Bloodshed telah membuat persembahan ksempena Konsert Amal Gegar Rock di Auditorium Tunku Puan Chik, Kompleks Penyiaran Tuanku Muhammad , Sg.Gadut, di Negeri Sembilan. Konsert ini bertujuan untuk mengumpul dana untuk didermakan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Sembila untuk di agihkan kepada yang memerlukannya seperti rumah-rumah orang tua dan anak-anak yatim. Pada malam tersebut Bloodshed telah menyampaikan 5 buah lagu iaitu Ilusi Sebuah Mimpi, Manusia dan Janji, Nostalgia Rindu, Srikandi Cintaku dan Samarkand. Antara artis yang sama-sama hadir untuk menjayakan majlis tersebut adalah Bumi Putra Rockers, MAY, Utopia dan 2 kumpulan baru iaitu Rockett dan Kaca. Untuk ke galeri sila klik di sini.